Bahan-bahan asas untuk 1 hidangan untuk 4 atau 6 orang.
1 10 batang serai muda,
3 ulas bawang putih,
3
ulas bawang merah,
7 biji cili padi,
100g ikan bilis,
2.
1 inch belacan
3.
Aji no moto secukup rasa.
4.
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara penyedian.
Hiris halus serai terlebih dahulu (hiris bahagian yang agak
lembut sahaja), kemudian ditumbuk (kasar atau halus – citarasa masing masing)
dalam lesung batu. Bawang merah/putih dipotong terlebih dahulu bagi memudahkan
ia ditumbuk, sama seperti serai tadi. Begitu juga dengan ikan bilis dan cili
padi – ditumbuk.
Panaskan minyak dan goreng belacan terlebih dahulu –
agak-agak sudah naik bau masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga
sebati, kecilkan api jika perlu. Tambahkan bahan perisa aji no moto secukupnya.
INGAT – harus sentiasa digaul supaya warnanya menjadi perang
keemasan dan agak rangup bila dimakan.
Masa yang diperuntukkan lebih kurang 45 minit sehingga 1 jam.
Masa yang diperuntukkan lebih kurang 45 minit sehingga 1 jam.
Slamat mencuba.
No comments:
Post a Comment